fbpx

Wanita warga emas maut, Perodua Aruz terbalik di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan Perodua Aruz dinaiki Kutum dan suami, Othman yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 416.5, LPT 2 berhampiran Ajil, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV), Perodua Aruz dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 416.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 5.10 petang itu, mangsa, Kutum Hassan, 67, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, sewaktu kejadian, wanita itu bersama suaminya, Othman Embong, 71, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Baru Kerteh, Kemaman dari Batu Rakit, Kuala Nerus.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan Perodua Aruz dipandu suami mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

“Kenderaan itu kemudiannya berpusing beberapa kali sebelum terbalik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Zainul Mujahidin berkata, Kutum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian.

Tambah beliau, Othman yang merupakan pesara pula mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI