fbpx

[VIDEO] Terkedu perompak berani larikan Alphard depan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan kejadian rompakan berlaku di sebuah kawasan perumahan di Gerbang Meru Indah, Ipoh.

PETALING JAYA – Sebuah keluarga bukan sahaja terkejut, malah terkedu apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dilarikan di hadapan mata mereka dalam satu kejadian rompakan di Ipoh, Perak, awal pagi semalam.

Menerusi video tular yang dimuat naik @farrahouz1 di akaun TikToknya, kejadian tersebut berlaku di kawasan perumahannya Gerbang Meru Indah kira-kira pukul 3.50 pagi.

Katanya, perompak itu dengan mudah dan beraninya membuka pagar automatik serta menggunakan kunci khas bagi membuka kenderaan tersebut.

Katanya lagi, walaupun mereka sekeluarga sudah menjerit dan membunyikan penggera kenderaan lain di garaj yang sama, perompak tersebut kelihatan bersahaja menghidupkan enjin kereta.

“Kereta kami dicuri dengan mudah. ‘Gate arm’ dibuka, ‘unlocked’ kereta guna alat ‘remote’ mereka dan tak takut langsung walau kami dah bunyikan penggera dan menjerit.

“Perompak tekad hidupkan enjin dalam masa lima hingga tujuh minit (agak lama sebenarnya berbanding dia pilih untuk lari bila kami menjerit),” tulisnya dalam video itu.

Tambah pengguna itu lagi, mereka sekeluarga tidak berani keluar ketika kejadian kerana dikhuatiri perompak berkenaan mempunyai senjata api.

“Masih terkedu lagi. Mohon tularkan. Perompak kereta tak takut walau pemilik nampak kerja merompak mereka. Kalau boleh beri perhatian pada Alphard, Vellfire atau Raptor. Perompak ‘daring’ (berani) gila,” komennya lagi.

Sehingga kini videonya mendapat lebih 1.8 juta tontonan, 71,200 tanda suka dan 21,500 perkongsian.

Dalam pada itu, klip terbabit turut menunjukkan MPV terbabit berjaya dihidupkan dan keluar dari kediaman berkenaan sebelum beredar.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah perompak yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Setakat ini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

@farrahouz1Mohon viralkan.. perompak kereta tak takut even owner nampak kerja merompak dorg. Special attention to Alphard/ Wellfire/ Raptor. Perompak daring gila.♬ Late Night Vibe – Rude Boy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI