fbpx

[VIDEO] Lelaki curi pakaian dah ditangkap polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV yang memaparkan kejadian kecurian terbabit.

SEREMBAN – Seorang lelaki yang tular mencuri beberapa helai pakaian disidai di ampaian hadapan sebuah rumah Taman Chip Aik, di sini, sudah ditangkap polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki kira-kira pukul 10.18 pagi semalam.

Menurutnya, pengadu menyatakan bahawa seorang lelaki telah mengambil ampaian berserta pakaian milik mangsa.

“Hasil maklumat orang awam dan juga perkongsian melalui media sosial, pihak polis berjaya membuat satu tangkapan ke atas seorang lelaki berserta rampasan disyaki dicuri di dalam kejadian ini.

“Kes diklasifikasi sebagai kes kecurian harta benda dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Pihak polis mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang awam yang membantu menyalurkan maklumat dan membuat perkongsian melalui media sosial sehingga
tertangkapnya pelaku dalam kes ini,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Mohamad Hatta lagi, saksi kejadian diseru untuk tampil memberikan keterangan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat IPD Seremban, Sarjan Mohd Hazrat Abdul Rashid di talian 011-619229004.

Semalam, Kosmo Online melaporkan seorang lelaki yang memandu kereta dipercayai Proton Gen2 berwarna biru disyaki mencuri beberapa helai pakaian yang disidai di ampaian sebuah rumah dekat Seremban.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kelmarin sekitar pukul 3.44 petang itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) rumah terbabit. – KOSMO! ONLINE

@pqazamari UPDATE ORANG ORANG SEREMBAN . Korang pun jaga jaga , orang sekarang baju pun nak mencuri . KEPADA PECURI , TOLONG PULANGKAN BALIK BAJU SEBELUM MUKA KAU VIRAL 😡 #seremban2 #fyp #viral_video ♬ original sound – piqazamariiii

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI