fbpx

[VIDEO] Disangka cicak, lepas pelihara rupa-rupanya anak buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di platform X.

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila mengetahui haiwan yang disangka seekor cicak sejak beberapa bulan lalu rupa-rupanya adalah anak buaya.

Insiden itu dipercayai berlaku di luar negara, namun lokasi sebenar tidak diketahui.

Menerusi hantaran tular di platform X, wanita tersebut berkongsi cerita dia menemui reptilia tersebut di halaman rumahnya beberapa bulan lalu sebelum membuat keputusan untuk memelihara haiwan berkenaan.

“Ia hanya seekor haiwan kecil, terkandas dan bersendirian tetapi kami memastikannya kuat dengan memberinya makan setiap dua jam. Ia perlahan-lahan menjadi lebih selesa,” tulisnya.

Wanita itu mula curiga apabila haiwan tersebut membesar dengan begitu cepat dan ciri-ciri yang ditonjolkan bukannya seperti seekor cicak. Badan haiwan itu menjadi lebih panjang dengan giginya kelihatan tajam.

“Kulitnya mula mengeras dan ekornya menghayun dengan kekuatan yang mengejutkan. Ya, pastinya bukan cicak tetapi ia tidak mengubah apa-apa. Kami tetap menyayanginya,” katanya.

Video tersebut meraih jutaan tontonan dan ribuan komen daripada pengguna X di seluruh dunia dengan ada dalam kalangan mereka memberi amaran tentang bahaya memelihara haiwan liar tanpa pengetahuan yang mencukupi.

“Ia mungkin selesa dengan anda dan anda mungkin menyukainya, tetapi ia akan tetap cuba untuk membunuh anda,” ujar Onward.

“Berhati-hati. Beri makanan pada masa yang ditetapkan atau anda akan menjadi makanan baginya,” pesan Harshu.

“Bagaimana mereka tidak tahu, sangat jelas kelihatan seperti anak buaya,” komen Coda. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI