fbpx

UMS, UiTM Sabah diminta kenal pasti pelajar kurang berkemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KOTA KINABALU – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud meminta Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah mengenal pasti semua pelajar kurang berkemampuan di universiti masing-masing.

Ia bertujuan bagi menyalurkan bantuan sewajarnya kepada golongan pelajar yang memerlukan.

“Kita menerima banyak mesej tentang cabaran dihadapi sesetengah anak-anak siswa baharu atau sedang berdaftar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Negara,

“Ia termasuklah kisah adik Rafida Zaiddin dari Sandakan yang mendaftar di UMS, Kota Kinabalu dengan membawa karung guni untuk menggantikan bagasi.

“Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, namun semangat adik Rafida untuk menyambung pengajian harus dipuji dan menjadi contoh,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mustapha menyatakan kementeriannya komited untuk memastikan kebajikan pelajar terjaga sepanjang pengajian.

“Saya juga mengingatkan kepada semua siswa yang bakal mendaftar di IPTA dan swasta seluruh negara jangan segan untuk menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti masing-masing sekiranya memerlukan sebarang bantuan,” katanya.

Menurut beliau, kementerian menyediakan pelbagai bantuan mengikut keperluan pelajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI