fbpx

Tumbuk pekerja kedai asam pedas, berang minuman tak sampai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang duda didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menumbuk muka pekerja kedai asam pedas gara-gara berang mangsa tidak menghantar minuman yang dipesan.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhi hukuman itu selepas Setia Maidin, 49, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Tertuduh didakwa mencederakan mangsa warga Bangladesh berusia 43 tahun pada pukul 12 tengah hari di Gerai Nora Asam Pedas, Medan Selera Semabok di sini pada 22 September lalu.

Bagi perbuatan itu, Setia Maidin didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh menumbuk muka mangsa sebanyak dua kali dan sekali di bahagian telinga kiri selepas tidak berpuas hati lelaki itu tidak mengantar minuman yang dipesannya.

Perbuatan tertuduh menyebabkan telinga kiri mangsa berdarah, manakala pipi dan jari tangan kanannya bengkak akibat cuba menghalang mukanya daripada ditumbuk.

Terdahulu, Peguam Umar Zulkarnain merayu agar hukuman ke atas anak guamnya diringankan dengan alasan tertuduh telah insaf selain hanya bekerja sebagai pemandu lori sambilan dengan gaji RM9 sejam.

Tertuduh yang merupakan duda menanggung anak berusia 12 tahun yang masih bersekolah. Lelaki itu juga merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah Sofian memohon agar hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan msyarakat.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian memerintah tertuduh membayar denda RM1,000 atau penjara satu bulan jika gagal bayar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI