fbpx

Siasatan GISBH: Saifuddin letak kepercayaan penuh kompetensi PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara serbuan dilakukan pihak berkuasa terhadap rangkaian GISBH di Bandar Country Homes, Rawang, baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meletak sepenuh kepercayaan terhadap kompetensi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguruskan siasatan yang dijalankan ke atas GISB Holdings Sdn. Bhd.(GISBH).

Menurut beliau, sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan harus diambil dan diteruskan.

“Saya mendukung sepenuhnya tindakan yang dilakukan oleh PDRM ke atas GISB, (jika) berlaku eksploitasi wanita dan kanak-kanak, ada bukti, teruskan. (Kes) di bawah kanun keseksaan, ada teruskan. Di bawah kesalahan-kesalahan seksual kanak-kanak, teruskan.

Saifuddin berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Kompleks Setia Perkasa, hari ini. – Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

“Di bawah ATIPSOM (Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007), buka siasatan. Kalau ada elemen buruh paksa, bekerja tetapi tidak dibayar gaji, buka siasatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI