fbpx

Sedih dapat suami berkira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Perkongsian seorang wanita mengenai suaminya yang dikatakan terlalu berkira mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi satu hantaran di laman X, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu berkata, setiap perbelanjaan sejak berumah tangga perlu dibahagi dua bersama suaminya sepanjang lapan tahun perkahwinan.

“Sepanjang lapan tahun perkahwinan, kebanyakan perbelanjaan perlu dibahagi dua termasuk kos anak.

“Bahagi dua sampai beli pisang goreng RM6 untuk dibawa ke rumah mentua pun perlu dibahagikan. Dia bayarkan dahulu nanti masa gaji dia akan senaraikan semua yang dia dah bayarkan,” katanya.

Kata wanita itu, apabila ditanya mengapa perlu bahagi dua setiap perbelanjaan, suami wanita tersebut memaklumkan itu kerana dia sudah memberi duit nafkah kepada wanita terbabit.

“Sampai begitu tahap berkira suami saya walaupun gaji dia lagi banyak beza hampir RM2,000 dengan saya.

“Nafkah dia bagi RM400 saja dan saya gunakan untuk anak,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna bersimpati dengan nasib wanita terbabit selain mengingatkan wanita lain supaya berbincang dahulu pengurusan kewangan sebelum berumah tangga.

“Saya bersimpati dengan awak, sudah lapan tahun mustahil boleh berubah. Jadi cadangan saya, awak pun senaraikan apa yang awak dah beli guna duit awak dan bahagikan juga dengan suami. Minta bayaran untuk tugas seperti memasak dan mencuci,” kata Haz Lee.

“Mana dia dapat idea kena bahagi semua tu? Mesti ada punca yang tanamkan doktrin tu dalam otak dia. Inilah masalah kalau nak kahwin, tapi segalanya berkira dengan pasangan,” kata Faiz.

“Sebelum kahwin bincanglah betul-betul supaya tahu macam mana pasangan uruskan kewangan nanti,” pesan Nasz.

“Kalau pisang goreng pun berkira, tak payah kahwinlah,” kata Fariha. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI