fbpx

‘Salah sendiri, tiada siapa paksa saya ambil dadah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cliff Umar menyesali kesilapan sendiri terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah.

PETALING JAYA – Mengakui kesilapan sendiri terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah, penyanyi Cliff Umar tetap positif meneruskan kehidupan dan aktiviti seninya seperti biasa.

Kata Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph, 42, insiden yang berlaku pada Mei lalu itu dijadikan sebagai pengajaran bagi menjadikan dirinya sebagai individu yang lebih baik.

“Ini permulaan baharu. Memang macam-macam jadi dalam kehidupan saya. Seperti yang kalian tahu, saya kena denda dan seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, semua ini salah diri sendiri dan tiada siapa yang paksa untuk ambil dadah.

“Saya sentiasa bangkit dengan lebih kuat dan lebih baik. Saya adalah orang yang paling bahagia dan berasa puas hati dengan kehidupan sekarang.

“Sebarkan keamanan dan cinta kepada semua,” katanya dalam Instagram.

Cliff turut bersyukur dengan apa yang berlaku dalam kehidupannya yang sebelum ini pernah mencipta nama sekali gus berjaya bergelar juara program nyanyian Gegar Vaganza musim ketujuh.

Namun, menerusi satu perkongsian dalam Instagram, Cliff dilihat mengenakan pakaian yang tertera tulisan Gojek iaitu perkhidmatan e-hailing di Indonesia.

Bagaimanapun penyanyi lagu Wanita Seluruh Dunia itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai hal itu.

“Tidak kira yang terjadi dalam hidup saya, sama ada menggegarkan pentas suatu hari nanti atau berjuang untuk mencukupkan hidup sebagai penunggang Gojek.

“Saya bersyukur kepada Tuhan atas berkat yang saya terima dalam kehidupan yang saya jalani,” katanya.

Sebelum ini Cliff didendah sebanyak RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan memiliki dan memberi dadah kepada dirinya sendiri pada Mei lalu.

Cliff yang juga bekas vokalis Project Pistol itu juga dikenakan tempoh pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Cliff didakwa memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylymorphine seberat 0.9 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, pada 3.30 petang 26 Mei lalu.

Dia juga dituduh dengan sengaja memberikan diri sendiri dadah berbahaya jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (thc) di tandas Balai Polis USJ8, Subang Jaya pada 6 petang pada tarikh sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI