fbpx

Rindu itu berat – Ibu Allahyarham Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Zayn Rayyan luah perasaan rindu di Instagramnya, hari ini.

PETALING JAYA – “Rindu itu berat. Lebih-lebih lagi rindu pada orang tersayang yang telah pergi buat selamanya. Al-Fatihah.”

Itu perkongsian ringkas ibu kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di Instagramnya, hari ini.

Menerusi hantarannya itu, Ismanira Abdul Manaf, 29, turut berkongsi gambarnya mendukung seorang kanak-kanak dipercayai Zayn Rayyan ketika kecil selain surah al-Fatihah sebagai kapsyen.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, Ismanira dilihat kembali aktif di akaun Instagramnya dengan memuat naik empat hantaran mengenai fitnah.

Dalam hantaran pertamanya, Ismanira berkongsi tangkap layar artikel mengenai seksaan dan azab Allah terhadap golongan pemfitnah.

Dengan menggunakan tanda pagar #justice4zaynrayyan, Ismanira juga memuat naik beberapa potong doa yang ditujukan buat golongan pemfitnah terhadap dirinya.

Sebelum ini, akaun Ismanira ‘hilang’ apabila wanita itu dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari ditahan di Puncak Alam, Selangor pada 31 Mei lalu dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 13 Jun lalu pula, ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu pada Disember tahun lalu.

Tertuduh, Zaim dan Ismanira bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Pada malam 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di sebatang anak sungai sehari selepas dia dilaporkan hilang di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh ekoran terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI