fbpx

Rapid Rail laksana Pra-pemeriksaan Perakuan Bomba di MRT Laluan Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan pihaknya akan melaksanakan sesi Pra-Pemeriksaan Perakuan Bomba di beberapa stesen di MRT Laluan Putrajaya bermula 1 Oktober hingga 7 Oktober ini.

Jadual Pra-Pemeriksaan Perakuan Bomba

Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu adalah hasil kerjasama bersama Rapid Rail dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) selaku pemilik aset bagi memastikan kesemua sistem pencegah kebakaran yang ada di stesen-stesen MRT berfungsi dengan baik sekiranya berlaku kecemasan.

Katanya, langkah itu juga bagi mengenal pasti protokol keselamatan kebakaran yang berpotensi
untuk diperbaiki.

“Ini adalah sebagai langkah persediaan untuk sesi Pemeriksaan Perakuan Bomba yang bakal berlangsung pada 14 hingga 17 Oktober oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBPM WPKL).

“Selain itu, pelaksanaan ini juga usaha yang berterusan daripada semua pihak yang terlibat bagi
menyediakan perjalanan dan persekitaran yang selamat untuk pengguna Rapid KL,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, pra-pemeriksaan secara menyeluruh tersebut akan dilakukan selepas tamat waktu operasi perkhidmatan iaitu bermula pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi.

“Penduduk yang tinggal di kawasan sekitar stesen terlibat dinasihatkan agar tidak khuatir apabila mendengar penggera kebakaran dibunyikan.

“la adalah sebahagian dari aktiviti Pra-Pemeriksaan Perakuan Bomba yang dijalankan oleh pihak operasi pada lokasi, tarikh dan waktu yang dinyatakan di atas,” ujarnya.

Bagi sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di 03 -7885 2585 atau merujuk pada laman media sosial Rapid KL untuk maklumat lanjut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI