fbpx

Henti ‘subsidi’ sekolah sains untuk anak golongan paling kaya – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika gimik merasmikan Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di Pusat Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan kerajaan akan menilai semula peruntukan subsidi bagi sektor pendidikan yang dinikmati oleh golongan kaya.

Anwar berkata, perkara berkenaan antara fokus yang akan diberi keutamaan oleh kerajaan pada Belanjawan 2025 pada 18 Oktober nanti, dengan harapan ia dapat memanfaatkan golongan memerlukan.

Jelasnya, Belanjawan pada kali ini akan terus menyantuni golongan miskin dan menghentikan subsidi kepada golongan kaya bagi sektor pendidikan.

“Bentuk ketirisan (subsidi) termasuk anak-anak golongan paling kaya ke sekolah-sekolah menengah sains yang dibantu dan diberi subsidi tinggi oleh kerajaan, ini harus dihentikan.

“Perkara ini saya hanya berikan hebahan awal sebelum umum belanjawan bulan depan. Negara kalau benar mahu adil, harus adil kepada golongan yang memerlukan termasuk golongan rentan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI