PETALING JAYA – Bekas Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain meninggal dunia pada pukul 6.37 pagi tadi di Thomson Hospital Kota Damansara.
Berita pemergian itu dikongsikan anak perempuann Allahyarham, Nur Ainun di Facebook dua jam lalu.
“Assalamualaikum, dimaklumkan bahawa ayah Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain telah kembali menemui Pencipta-Nya pada pukul 6:37 pagi, 30 September (26 Rabiulawal 1446) di Wad ICU (Unit Rawatan Rapi) Thomson Hospital Kota Damansara.
“Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. I lost my first love (saya hilang cinta pertama saya,” tulisnya.
Ahmad Atory, 73, yang juga penganalisis politik terkenal di negara ini berkhidmat di USM sebagai pensyarah selama tujuh tahun dari 2008 sehingga 2015. – KOSMO! ONLINE