fbpx

Pemandu teksi ‘transfer’ RM141,000 ke akaun scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KLUANG – Seorang pemandu teksi mengalami kerugian RM141,000 apabila wang simpanannya lesap dikebas individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa yang berusia 67 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa kononnya dia terlibat dengan 16 kes jenayah pada 26 Ogos lalu.

“Akibat panik, mangsa memindahkan wang miliknya dengan beberapa transaksi ke akaun bank yang berikan suspek yang kononnya memberitahu akaun miliknya akan dibekukan.

“Namun setelah semakan dilakukan pada 26 September mendapati duit yang dimasukkan itu lesap.

“Usaha mangsa untuk mendapatkan penjelasan daripada suspek gagal diperolehi selepas tidak dapat dihubungi sebelum membuat laporan kerana percaya dirinya ditipu,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan atau dengan denda jika sabit kesalahan telah dibuka.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI