fbpx

Pasfa ceburi projek tanaman jagung mutiara di Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri (empat dari kiri) bersama Mohd Soffi (tiga dari kiri) pada majlis perasmian mesyuarat agung Pasfa di Bentong baru-baru ini.

BENTONG – Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) bakal meneroka projek tanaman jagung  mutiara di Cameron Highlands yang akan dimulakan awal tahun depan. 

Pengerusi Pasfa, Datuk Zamri Yaakob berkata, projek pertanian baharu  yang akan melibatkan pelaburan sebanyak RM1.7 juta itu akan dilaksanakan di tanah milik pertubuhan tersebut di Kampung Terisu di pusat pelancongan terkenal itu.

“Projek ini dijangka memberi pulangan yang baik dengan anggaran hasil pendapatan sehingga RM2.18 juta sepanjang tempoh 10 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pasfa ke-51 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abd. Razak di sini baru-baru ini.

Menurut Zamri  jagung mutiara adalah spesis  jagung premium yang boleh dimakan mentah dan ia dijangka mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai serta dapat dijual dengan harga lebih tinggi berbanding jagung biasa.

Selain itu, mengulas mengenai projek tanaman kelapa sawit yang diusahakan oleh Pasfa, ia akan dipertingkatkan lagi kerana hasilnya kini mampu menyumbang pendapatan signifikan kepada pertubuhan berkenaan.

“Pasfa akan membangunkan ladang kelapa sawit baharu dalam kawasan seluas 198.52 hektar yang terletak di Chegar Perah Lipis mulai tahun depan.

“Projek Ladang Chegar Perah ini dilihat bersesuaian dengan tanaman kelapa sawit kerana mempunyai bentuk muka bumi berbukit dan beralun,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI