fbpx

LTdL 2024: Mohd. Elmi patah jari, didenda RM978.50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Elmi mungkin disisihkan pada peringkat ketiga LTdL esok selepas mengalami kecederaan pada perlumbaan hari ini. - Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

BUTTERWORTH – Pelumba berpengalaman skuad berbasikal kebangsaan, Mohd. Elmi Jumari bagaikan jatuh ditimpa tangga selepas didenda 200 Swiss Franc (RM978.50) oleh Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebentar tadi.

Menerusi keputusan yang dikeluarkan oleh komisar Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, Mohd. Elmi didakwa menjadi punca kemalangan peringkat kedua ketika 150 meter sebelum menuju ke garisan penamat.

Keputusan itu memberi malang berganda buat Mohd. Elmi selepas jurulatih kebangsaan, Mohd. Yusof Nasir mengesahkannya jari pelumba berusia 34 tahun itu patah.

Mohd. Yusof berkata, Mohd. Elmi kini dipindahkan ke hospital swasta daripada Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan penilaian dan rawatan lanjut.

“Saya dimaklumkan Mohd. Elmi mengalami patah jari dan bukan putus seperti yang ditularkan.

“Namun, Mohd. Elmi berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan tetapi belum boleh menerima mana-mana pelawat ketika ini,” katanya ketika dihubungi.

Perlumbaan LTdL peringkat kedua dimenangi oleh jaguh JCL Team Ukyo, Matteo Malucelli yang menamatkan saingan dengan catatan masa 3 jam 34 minit 54 saat.

Tempat kedua milik pelumba Polti Kometa, Manuel Penalve Aniorte dan ketiga, pelumba pasukan Tudor Cycling Team, Arvid de Kleijn. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI