fbpx

LTdL 2024: Malucelli ungguli penamat dramatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelumba Pasukan JCL Team Ukyo, Metteo Malucelli (dua dari kiri), memenangi perlumbaan Le Tour de Langkawi peringkat kedua (Arau-Butterworth), di Dataran Pemuda Merdeka hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

BUTTERWORTH – Jaguh JCL Team UKYO, Matteo Malucelli menggunakan pengalaman yang ada untuk menyelit dalam laluan sempit menujuk ke garisan penamat untuk mendominasi peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) sebentar tadi.

Pada perlumbaan yang bermula dari Arau ke Butterworh sejauh 154 kilometer (km) itu, Malucelli berjaya mengetepikan pencabar daripada pasukan WorldTeam dan ProTeam untuk meraih kemenangan pertama kejohanan berstatus 2.Pro dalam kariernya.

Malucelli yang mewakili pasukan benua dari Jepun itu meraih catatan tiga jam 34 minit 58 saat (s) untuk mengetepikan wakil Team Polti Kometa, Manuel Penalver dan jaguh Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn.

Sementara itu, pemenang Peringkat 1, Gleb Syritsa yang mewakili Astana Qazaqstan Team kekal menyarung jersi hijau selepas menjadi pendahulu keseluruhan mengekalkan jersi jingga (Raja Pecut)

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSC), Muhammad Nur Aiman Rosli juga mengekalkan jersi putih selaku pelumba terbaik Asia meninggalkan Ng Pak Hang yang mewakili HKSI Pro Cycling da Muhammad Yusri Shaari dari skuad kebangsaan.

Perlumbaan peringkat ketiga akan bermula dari Taiping ke Cameron Highlands dengan jarak meliputi 175.7km esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI