fbpx

Khemah majlis kahwin ‘terbang’ atas bumbung rumah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan salah satu khemah yang ‘tergantung’ cantik di atas bumbung rumah. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular tular di media sosial di Nganjuk, wilayah Jawa Timur memaparkan beberapa khemah ‘tergantung’ di atas bumbung rumah penduduk tempatan, lapor portal berita Abata News semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @andhiiecemplok, tiga khemah yang digunakan untuk majlis perkahwinan itu ‘terbang’ ke udara akibat ditiup angin kencang.

Ketiga-tiga khemah itu kemudian melanggar beberapa bumbung rumah sehingga mengejutkan orang ramai. 

Lebih menarik apabila salah satu khemah dilihat ‘tergantung’ cantik di atas bumbung sebuah rumah. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 3.1 juta tontonan bersama 97,300 tanda suka. 

“Ini mesti doa daripada  bekas kekasih!” komen seorang netizen. 

“Doa bekas kekasih akhirnya termakbul,” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI