fbpx

Guru tidak mengaku ceroboh pejabat bekas teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Retha mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Slim River di Tanjung Malim hari ini atas pertuduhan menceroboh bilik pejabat bekas teman lelaki di sebuah klinik, Mac lalu.

TANJUNG MALIM – Seorang guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Slim River di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh bilik pejabat bekas teman lelaki di sebuah klinik, Mac lalu.

Tertuduh, N. Retha, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Phulrani Kaur Gurcharon Singh.

Mengikut pertuduhan, guru penolong kanan kokurikulum di sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh itu didakwa telah melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan bilik pejabat milik P. Navaneeth, 35.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah klinik di Slim River pada pukul 3 petang, 3 Mac 2024.

Pendakwaan terhadap wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syahirah Azahar mencadangkan jaminan sebanyak RM4,000 berserta syarat tambahan, tertuduh tidak dibenarkan mengganggu pengadu sehingga kes selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI