fbpx

Guna pil cegah hamil hapuskan populasi tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelet kontraseptif akan diletakkan di dalam bekas khas yang boleh diakses tikus di seluruh Bandar Raya New York. - Christopher Sadowski

BANDAR RAYA NEW YORK  –  Majlis Bandar Raya New York meluluskan cadangan untuk menggunakan pil pencegah kehamilan untuk mengawal populasi tikus di kota metropolitan  tersebut, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Di bawah rang undang-undang (RUU) yang diluluskan Khamis lalu, pelet kontraseptif dinamakan  ContraPest itu akan diletakkan di dalam bekas-bekas khas yang boleh diakses tikus di seluruh bandar raya tersebut.

Jika program itu berjalan lancar, tikus akan menelan pil cegah bunting sekali gus menghalang ia daripada terus membiak.

RUU digelar Undang-undang Flaco itu dijangka dapat mengurangkan populasi tikus Bandar Raya New York tanpa mencederakan atau membunuh haiwan lain seperti penggunaan racun makhluk perosak, kata penyokong cadangan tersebut.

“Kami tidak boleh meracun atau membunuh (tikus) untuk menyelesaikan masalah ini,” kata ahli Majlis Bandaraya, Shaun Abreu semasa pertama kali membentangkan RUU itu pada April lalu.

Program perintis akan dijalankan selama sekurang-kurangnya 12 bulan, dengan pemeriksa akan membuat semakan bulanan untuk melihat bilangan pelet yang telah digunakan di kawasan kejiranan berbeza.

“Semasa pemeriksaan bulanan kawasan program perintis itu, wakil jabatan akan menjejaki jumlah kontraseptif tikus dalam setiap bekas,” kata RUU tersebut. 

“Ia (rasa) masin, manis dan mempunyai bahan berlemak di dalamnya yang menarik perhatian tikus,” demikian menurut  RUU tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI