fbpx

Fattah bawa diri ‘kerja’ dengan Pak Mat Western

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pemasaran syarikat terkenal memaparkan Fattah menjual kambing yang dimuat naik di media sosial.

PETALING JAYA – Di sebalik kemelut yang melanda rumah tangganya, pelakon popular Fattah kini membawa diri dengan menjual ‘kambing perap’.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, dilihat tampil dalam video pemasaran sebuah syarikat terkenal yang dimuat naik di media sosial, hari ini.

Berdasarkan video berdurasi lebih lima minit itu, Fattah memainkan watak sebagai pemilik syarikat terbabit yang mana ia tidak pernah didedahkan sebelum ini.

Dalam video tersebut, meskipun Fattah merupakan pemilik syarikat itu, namun beliau sanggup untuk turun ke lapangan untuk bertemu dengan pelanggan.

Dialog Fattah dalam video berkenaan turut mencuri tumpuan orang ramai yang dipercayai memberi bayangan terhadap situasi yang dialaminya.

“Kita ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Lagipun pangkat dan kemasyuran ini semua tidak akan kekal lama.

“Satu hari nanti kita kena kembali kepada-Nya,” katanya ketika ditanya oleh pembantunya iaitu Una.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai memuji kata-kata Fattah yang disifatkan memberi maksud mendalam selain mendoakan agar urusan pelakon itu dipermudahkan.

“Terbaiklah Fattah bawa diri untuk cari rezeki buat keluarga demi sekeping daging kambing,” kata Rumaizi.

“Kata-kata Fattah memang terbaik. Semua ini tak akan kekal dan akan kembali kepada Allah SWT juga,” ujar Adam.

“Kenapa aku rasa jalan cerita ini kena sahaja dengan Fattah. Ibarat kambing perap itu semangat dia dan seluruh negeri sokong dia,” jelas Siti Hawa.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI