fbpx

EPL: Man. United dimalukan di depan penyokong sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Spurs, Dominic Solanke (kanan) terus mematikan sisa perjuangan Man. United apabila menyumbangkan gol ketiga pasukannya. - AFP

MANCHESTER – Masa depan pengurus Manchester United, Erik ten Hag akan kekal jadi topik utama selepas alami kekalahan 0-3 kepada Tottenham Hotspur di Old Trafford, sebentar tadi.

Keputusan itu juga menyaksikan tuan rumah masih gagal menewaskan Spurs selepas sekadar raih dua seri dan kalah sekali dalam tiga pertemuan terakhir.

Ten Hag yang dibayangi berita pemecatannya jika tewas pada perlawanan ini makin tertekan apabila Spurs hanya memerlukan tiga minit untuk membuka jaringan.

Segalanya bermula daripada tindakan bijak Micky van de Ven yang memintas gerakan Marcus Rashford dan bertindak pantas ke depan sebelum melakukan lorongan yang disudahkan oleh Brennan Johnson.

Walaupun Spurs memperoleh 63.3 peratus penguasaan di babak pertama, Red Devils yang kekal bermotivasi untuk mendapatkan jaringan penyamaan terus tertekan apabila minit ke-42 ketua pasukannya, Bruno Fernandes dilayangkan kad merah kerana mengasari James Maddison.

Selepas aksi bersambung, Spurs sekali lagi memperoleh gol pantas apabila hanya memerlukan dua minit untuk meledak jaringan kedua dan kali ini gerakan Johnson membuka ruang buat Dejan Kulusevski melakukan sentuhan penting bagi menewaskan Andre Onana.

Kekurangan seorang pemain seperti tidak beri kesan kepada permainan United yang dilihat masih ghairah untuk mengatur serangan dan turut dihidangkan beberapa peluang terbaik.

Sebaik aksi memasuki minit ke-70, Red Devils seakan mendapat tenaga tambahan apabila sering melakukan tekanan kepada benteng pertahanan lawan, sebaliknya minit ke-78 gawang mereka dirobek buat kali ketiga oleh Dominic Solanke. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI