fbpx

EPL: Dua gol masa kecederaan julang Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL berjaya memperoleh dua gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan Leicester pada aksi kelmarin. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta nyata kagum dengan mentaliti pemainnya selepas mengesahkan kemenangan 4-2 ke atas Leicester City di Stadium Emirates, kelmarin.

Dengan apa yang dipamerkan, pengurus dari Sepanyol itu akui sukar untuk mempercayai apa dilakukan oleh anak buahnya yang memperoleh dua gol penting di masa kecederaan babak kedua.

“Saya gembira dengan prestasi pasukan yang saya rasakan cukup luar biasa. Kami berhak untuk memenangi perlawanan ini dengan lebih banyak gol mampu dihasilkan.

“Kami memulakan babak kedua dengan tidak begitu bagus apabila melepaskan dua gol namun pemain saya menunjukkan karakter mereka untuk terus beri tekanan dan mencipta peluang.

“Kami sebenarnya tidak patut berdepan kesukaran seperti ini tetapi inilah bola sepak,” katanya.

Semua gol The Gunners dijaringkan oleh Gabriel Martinelli, Leandro Trossard, Kai Havertz dan gol sendiri pemain lawan, Wilfred Ndidi manakala James Justin menghasilkan kedua-dua jaringan The Foxes.

Keputusan ini membolehkan Arsenal yang berada di tangga ketiga menyamai kutipan 14 mata yang diraih juara bertahan, Manchester City, manakala status pendahulu kini jadi milik Liverpool. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI