fbpx

Cuaca cerah hampir di seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah hampir di seluruh negara pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, ribut petir hanya diramal di beberapa tempat seperti Perak dan Melaka.

Selain itu, ujarnya, hujan juga diramal di beberapa tempat di kawasan pantai seperti Perlis dan Kedah.

“Ribut petir diramal di beberapa kawasan pantai seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Tiada hujan dijangka di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Tambah MetMalaysia, hujan juga dijangka di beberapa tempat seperti Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat dan Labuan.

Sementara di Sarawak, MetMalaysia meramalkan hujan di beberapa tempat iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Bintulu dan Miri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI