fbpx

Bundesliga: Situasi Kane resahkan kem Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE mengalami kecederaan ketika Bayern terikat menentang Leverkusen pada aksi awal pagi semalam. - AFP

MUNICH – Pengurus Bayern Munich, Vincent Kompany berharap penyerang utamanya, Harry Kane akan pulih tepat pada waktunya selepas mengalami kecederaan dalam keputusan seri 1-1 menentang Bayer Leverkusen awal pagi semalam.

Perlawanan seterusnya Bayern dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Aston Villa dan ketiadaan Kane akan menjadi tamparan hebat buat kelab gergasi Jerman itu.

Kane yang menjadi tonggak utama Bayern, terpaksa meninggalkan padang selepas terlibat dalam pelanggaran di penghujung perlawanan sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai tahap kecederaannya menjelang pertembungan penting minggu depan.

“Saya bukan doktor, tetapi saya harap ia tidak serius. Masih terlalu awal untuk dipastikan. Semoga dia cergas untuk perlawanan pada hari Rabu,” kata Kompany.

Kane yang menjaringkan empat gol dalam kemenangan besar 9-2 ke atas Dinamo Zagreb dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara yang setakat ini memimpin carta penjaring Bundesliga dengan 10 gol dalam semua kejohanan musim ini.

Kehilangannya akan memberi kesan besar kepada jentera serangan Bayern, yang kini mendahului kumpulan Liga Juara-Juara manakala Aston Villa berada di kedudukan keempat.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Jan-Christian Dreesen memberikan sedikit kelegaan, dengan menjelaskan bahawa laporan awal doktor menunjukkan kecederaan Kane mungkin tidak terlalu serius.

“Dia menerima hentakan yang kuat, tetapi doktor mengatakan ia tidak serius. Kami akan lakukan pemeriksaan lanjut esok,” ujar Dreesen.

Perlawanan menentang Leverkusen menyaksikan pertahanan pasukan lawan berjaya menghentikan rentak kemenangan sempurna Bayern musim ini dengan Kompany tetap melihat banyak sisi positif daripada persembahan pasukannya.

Dengan jadual perlawanan yang padat dan tekanan tinggi, Bayern kini berharap agar Kane cergas sepenuhnya menjelang aksi penting menentang Aston Villa, yang bakal menjadi penentu perjalanan mereka dalam Liga Juara-Juara musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI