fbpx

Bercerai, 6 tahun berantakan, pasangan popular berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TATUM dan Dewan kini mahu melupakan perbalahan dan hidup tenang dengan haluan sendiri.

AKTOR Channing Tatum dan Jenna Dewan akhirnya mencapai kata sepakat untuk mengakhiri persengketaan selepas enam tahun bercerai.

Kedua-duanya saling menyokong antara satu sama lain dan bersetuju dengan pembahagian harta sepencarian termasuk penjagaan anak perempuan mereka, Everly, 11.

Kata sumber, Dewan ingin proses perbicaraan perceraian mereka segera diselesaikan sebelum Tatum berkahwin dengan Zoe Kravitz.

“Mereka berdua sudah setuju dan Dewan mahu hal ini dipercepatkan agar dapat meneruskan kehidupan masing-masing,” katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2009 setelah kedua-duanya membintangi filem Step Up sebelum bercerai pada November 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI