fbpx

Ada pihak jaja cerita pelajar miskin tiada duit masuk universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan September KPT di Dewan Zaaba, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesan terdapat beberapa kes penipuan pihak tertentu yang menjaja kisah pelajar miskin untuk melanjutkan pengajian ke universiti.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir seterusnya mengarahkan pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk memantau dan segera membuat laporan polis sekiranya terdapat bukti mengenainya.

“Pihak itu cuba mengeksploitasi cerita anak keluarga miskin dapat tawaran ke universiti dengan membuka akaun bank palsu dan dapat duit secara mudah,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan KPT dan sesi penyampaian hadiah program Bulan Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Baru-baru ini, Zambry mengarahkan pentadbiran semua universiti bagi menangguhkan yuran kemasukan sekiranya pelajar terbabit sememangnya tidak berkemampuan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pelajar miskin yang dikecualikan pembayaran menerusi pelbagai skim khas yang disediakan.

“Saya dimaklumkan setakat semalam terdapat 2,500 pelajar yang tidak perlu membayar pendaftaran melalui inisiatif Program Sulung di semua universiti awam,” katanya.

Justeru, beliau meminta keluarga yang berpendapatan rendah (B40) untuk tidak malu tampil melaporkan masalah mereka, bukannya memilih untuk tidak mendaftarkan diri di universiti.

Zambry memberi jaminan bahawa KPT sentiasa ke hadapan dalam membela nasib golongan miskin tanpa mengira latar belakang kaum agar mereka mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian di pusat pengajian tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI