fbpx

80 kertas siasatan GISBH dibuka – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah rumah amal yang diserbu pihak berkuasa dalam Op Global di Selangor baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 80 kertas siasatan telah dibuka setakat ini ke atas GISB Holdings Sdn. Bhd.(GISBH) membabitkan empat akta.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia melibatkan Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan di bawah kanun keseksaan.

Jelasnya, tangkapan yang dibuat adalah seramai 359 orang dengan 592 kanak-kanak GISBH telah berjaya diselamatkan dan jumlah tersebut masih kekal.

“Jadi daripada 80 kertas siasatan yang dibuka, polis dan semua agensi tentunya mengambil masa untuk melengkapkan dan menyempurnakan (siasatan) sebelum diserahkan kepada AGC (Jabatan Peguam Negara).

“Sama ada, ada pendakwaan atau tidak, itu kuasa di peringkat AGC,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI