fbpx

Young Tigers tiada sasaran di SOJC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki remaja negara perlu memanfaatkan saingan SOJC sebelum turun menghadapi Piala Remaja Asia pada November ini. - MHC

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) menaruh harapan besar agar skuad hoki remaja negara mampu mencipta impak pada Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-12 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru bermula 18 hingga 26 Oktober ini.

Bagaimanapun, presidennya, Datuk Sri Subahan Kamal menegaskan tiada sebarang sasaran khusus ditetapkan kerana MHC lebih fokus kepada perkembangan prestasi dan persiapan menghadapi kejohanan lebih besar seperti Piala Remaja Asia pada November ini.

“SOJC adalah medan terbaik untuk menguji kekuatan sebelum menghadapi Piala Remaja Asia di Oman pada November ini. Kejohanan tersebut juga penting kerana ia adalah kelayakan ke Piala Dunia Remaja 2025 di India,” katanya.

Tambahnya, meskipun tiada tekanan untuk memenangi SOJC, Young Tigers perlu mengambil peluang itu untuk meraih pengalaman berharga selain memperkemaskan corak permainan menjelang Piala Remaja Asia yang akan menjadi cabaran sebenar.

“Sebagai presiden, saya ingin melihat pasukan ini memberikan persembahan terbaik mereka dan memperoleh pengalaman serta pendedahan.

“Mereka akan berhadapan dengan pasukan kuat dalam SOJC dan perlu memulakan persiapan mereka. Kami tidak menetapkan sebarang sasaran, cukup berikan persembahan yang terbaik,” jelas Subahan.

Pada edisi SOJC lalu, Young Tigers meraih tempat tangga ketujuh selepas menang 3-2 ke atas Afrika Selatan dan kali ini bakal membuka kempen menentang New Zealand sebelum bertemu Jepun, India dan Great Britain.

Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah bergelar juara sejak kali terakhir menjuarai edisi pertama pada 2011 dengan menewaskan Australia 3-2 di pentas final ketika itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI