fbpx

[VIDEO] ‘Baju pun dah tak selamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV yang memaparkan kejadian kecurian terbabit.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang memandu kereta dipercayai Proton Gen2 berwarna biru disyaki mencuri beberapa helai pakaian yang disidai di ampaian sebuah rumah dekat Seremban, Negeri Sembilan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kelmarin sekitar pukul 3.44 petang itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) rumah terbabit.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok, Piqazamari, lelaki tersebut dikatakan mencuri pakaian bayi yang disidai di luar pekarangan rumah sehingga turut mengambil sekali satu set ampaian.

“Macam itu sekali kau ambil baju anak kawan aku? Kalau tak ada duit pun janganlah mencuri macam ini. Semua orang susah payah cari duit.

“Jaga-jagalah, orang sekarang baju pun nak mencuri,” katanya.

Dalam pada itu, wanita tersebut juga menggesa pencuri terbabit untuk segera pulangkan semula pakaian yang dicuri.

“Kepada pencuri, tolong pulangkan balik baju sebelum muka kau viral,” tegasnya.

Video yang dimuat naik wanita itu kini memperoleh lebih 149,000 ribu tontonan dalam tempoh 24 jam dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

“Alamak, baju pun dah tak selamat. Ingat orang ja kena ‘culik’ masuk kereta, rupanya baju sekali ampaian kena kebas,” kata Zun.

“Sekali penyangkut baju dia ambil. Senang kerja ye balik rumah sambung jemur,” kata Nano.

“Dari mencuri baik jual ‘sports rim’. Nampak mahal tu. Boleh huat modal beli 30 pakaian bayi kalau tak ada duit, buat malu ke anak sahaja bapa macam ini,” tegur Andaliaa. – KOSMO! ONLINE

@pqazamari UPDATE ORANG ORANG SEREMBAN . Korang pun jaga jaga , orang sekarang baju pun nak mencuri . KEPADA PECURI , TOLONG PULANGKAN BALIK BAJU SEBELUM MUKA KAU VIRAL 😡 #seremban2 #fyp #viral_video ♬ original sound – piqazamariiii

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI