fbpx

Tempah pelacur melalui laman sesawang, 15 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita warga asing disyaki pelacur ditahan menerusi Op Noda di empat buah premis sekitar ibu negara, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Kegiatan sindiket menawarkan khidmat pelacur termasuk untuk parti liar melalui laman sesawang berakhir selepas polis menyerbu empat premis di ibu negara, malam tadi.

Serbuan Op Noda pada pukul 9 malam itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) Kuala Lumpur selepas mengesan kegiatan tidak bermoral tersebut melalui sebuah laman sesawang.

Ketua JSJ Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Mohd. Razali Mohd. Idrus berkata, aktiviti pelacuran itu beroperasi melalui kaedah tempahan dalam talian dan pelanggan boleh memilih pelacur yang disukai melalui laman tersebut.

Jelasnya, pelbagai pilihan pelacur disediakan dan kebanyakan mereka berasal daripada luar negara iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam.

“Serbuan dilakukan membabitkan tiga buah hotel dan sebuah kediaman, 11 wanita warga asing ditahan disyaki pelacur termasuk empat lelaki tempatan berperanan sebagai transporter.

“Siasatan awal mendapati pelacur yang ditempah akan dihantar oleh transporter ke lokasi yang ditetapkan pelanggan seperti hotel sekitar ibu negara dan boleh juga ditempah untuk pelanggan yang mengadakan ‘Private Party’,” katanya.

Kata Mohd Razali, cas yang dikenakan bagi setiap pelacur adalah mengikut jam antaranya RM400 (1jam), RM750 (4 jam), RM1,100 (7 jam), RM1,700 (11 jam).

Tambahnya, tiga buah kereta, telefon bimbit (16), buku nota (satu), kondom (45 keping) wang tunai (RM1,351), botol pelincir antara yang dirampas hasil serbuan itu.

“Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 47 tahun ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, 372(1)(f) Kanun Keseksaan dan Seksyen 39(b), Seksyen 6(1)(c), Seksyen 55B Akta Imigresen,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI