PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,hari ini mengucapkan selamat ulangtahun keputeraan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Sultan Muhammad V yang juga Yang di-Pertuan Agong ke-15 sebelum ini menyambut ulang tahun keputeraan baginda pada tanggal 29 September setiap tahun.
Terdahulu, Kelantan telah mengumumkan cuti am bagi negeri tersebut hari ini bersempena Hari Keputeraan baginda. – KOSMO! ONLINE.