fbpx

‘Sudah 26 hari ayah hilang tanpa satu pun jejak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Aina Sofiya (kanan) bergambar bersama bapanya, Sabari ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

BALING – Kehilangan pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, yang masuk hari ke-26 semakin misteri apabila keluarganya tidak menemui sebarang petunjuk keberadaan lelaki itu sehingga kini.

Anak sulungnya, Suraiya Izzaty, 29, berkata, biarpun buntu mahu mencari bapanya, namun jauh di sudut hati mengharapkan lelaki itu pulang ke pangkuan mereka dengan selamat.

Menurutnya, setakat ini mereka tidak menerima sebarang panggilan mencurigakan bertanyakan tentang bapanya ataupun permintaan-permintaan lain yang menghala kepada kehila­ngan lelaki itu.

“Kasihan ayah, ke mana perginya sehingga sekarang tidak pulang-pulang, kami semua amat merinduinya, rindukan wajah­nya, suaranya dan tingkah lakunya yang penyayang dan ceria.

“Sekiranya ayah masih hidup dan tidak ‘dipegang’ oleh sesiapa, pulanglah ayah atau hubungi kami dengan segera agar hilang kerisauan kami yang selama ini menunggu dengan penuh harapan dan tanda tanya,” luahnya.

Sementara itu, Suraiya berkata, adiknya, Nur Aina Sofiya, 28, paling terkesan dengan kehila­ngan bapa mereka apabila sering mengigau sejak kehilangan lelaki itu pada 4 September lalu.

Katanya, Nur Aina merupakan seorang guru yang mengajar di Simunjan, Sarawak sejak 2019 dan mereka kerap berhubung.

“Aina selalu mengigau ketika tidurnya memanggil ayah mungkin kerana dia sangat rindu, tambahan pula dia seorang saja yang tinggal jauh.

“Sekarang ini Aina tinggal di rumah rakannya, mereka bimbang jika dibiarkan seorang diri, emosinya akan menjadi lebih ­terganggu, selain khuatir sesuatu yang buruk pula berlaku ke atasnya.

“Adik beritahu ketika mengajar dia dapat hilangkan sedikit kerisauan tentang ayah, tetapi apabila pulang, Aina mula memikirkannya semula,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI