fbpx

Ribut petir di Kedah, KL petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat serta ribut petir di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak sehingga 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Maran, Kuantan dan Rompin).

“Keadaan ini turut berlaku di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Hujan lebat dan angin kencang juga melibatkan Sarawak di kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang,” katanya.

Sementara itu, cuaca buruk ini turut menjejaskan Sabah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI