fbpx

PRK DUN Mahkota: Bukti rakyat kembali percaya BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy. Foto FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUANTAN – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sebagai bukti rakyat kembali percaya kepada parti itu.

Beliau berkata, kemenangan itu juga memperlihatkan rakyat mahu parti tersebut untuk terus memperjuangkan nasib mereka.

“Saya melihat, kemenangan ini juga membuktikan bahawa rakyat sudah kembali memberi kepercayaan kepada BN untuk terus memperjuangkan agenda rakyat.

“Semoga Syed Hussien Syed Abdullah terus merendah diri dan berbaktilah kepada masyarakat di DUN Mahkota dengan penuh tanggungjawab dan amanah,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Rosdy turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pengundi DUN Mahkota kerana memberi kepercayaan kepada BN untuk terus memimpin DUN itu demi kesejahteraan penduduknya.

Pada PRK DUN Mahkota, Syed Hussein yang juga Ketua Pemuda UMNO Kluang menang dengan majoriti 20,648 selepas meraih 27,995 undi, berbanding calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan atau Coach Haizan yang mendapat 7,347 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI