fbpx

Pelajar maut dilempar kayu oleh guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu mangsa menunjukkan gambar bersama anaknya yang terbunuh di Madrasah Tsanawiyah di Blitar. - Okezone

JAKARTA – Seorang pelajar Madrasah Tsanawiyah di Blitar, wilayah Jawa Timur terbunuh selepas kepalanya terkena paku pada kayu yang dilempar seorang guru, lapor laman berita Detik semalam. 

Menurut Ketua Polis Blitar, Samsul Anwar, kejadian pada 22 September lalu itu berlaku selepas mangsa yang berumur 13 tahun dan beberapa pelajar lain berlengah-lengah untuk menunaikan solat sunat duha.

“Guru itu menjadi emosi kerana pelajar melengah-lengahkan diri untuk solat duha. Gara-gara berang, dia melemparkan kayu yang mempunyai paku ke kepala mangsa. 

“Mangsa dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri,” kata Samsul. 

Dia kemudian dibawa ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia. 

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI