fbpx

Nestle, PBSM sampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil Nestle dan sukarelawan PBSM bergambar dengan sebahagian daripada mangsa banjir di Kedah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Nestlé Malaysia telah bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) untuk ,menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kedah baru-baru ini.

 Bencana alam itu telah melibatkan lebih 8,000 penduduk kampung di kawasan terjejas banjir mendapatkan perlindungan di pusat-pusat bantuan banjir akibat banjir besar yang melanda.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols berkata, kerjasama erat yang terjalin dengan PBSM selama ini telah membolehkan pihaknya mengambil tindakan pantas untuk membantu memenuhi keperluan komuniti yang terdesak akibat banjir. 

“Nestlé Malaysia dan sukarelawan PBSM telah digerakkan ke lokasi untuk membantu membungkus dan mengagihkan kotak bantuan makanan yang mengandungi produk-produk Nestlé seperti Milo, Maggi, Koko Krunch, Nestle Omega Plus di  Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kedah, untuk menyediakan bekalan makanan segera kepada mangsa banjir.

“Sebagai sebahagian daripada sokongan berterusan syarikat kepada usaha bantuan banjir, syarikat telah menyumbang RM2 juta kepada PBSM setakat tahun ini untuk digunakan bagi mengukuhkan kesiapsiagaan banjir pada musim monsun semasa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Selain itu, Pengerusi PBSM, Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim menerangkan, kerjasama yang kukuh dengan Nestlé dapat meningkatkan keupayaan persatuan tersebut menghulurkan bantuan yang tepat pada masanya, dan amat berkesan dalam situasi kritikal seperti ini.

“Memandangkan kita mungkin menghadapi kesan banjir yang lebih meluas, sokongan berterusan ini sesungguhnya penting dalam usaha kami menyantuni penduduk yang terkesan di seluruh Malaysia,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI