fbpx

LTdL 2024: Syritsa juarai peringkat pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelumba Astana Qazaqstan, Gleb Syritsa memenangi perlumbaan Le Tour de Langkawi peringkat pertama (Langkawi-Langkawi), di Pulau Langkawi, sebentar tadi.

LANGKAWI – Jaguh Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa mempamerkan kayuhan bertenaga pada perlumbaan pembuka tirai Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 apabila menjuarai peringkat pertama sebentar tadi.

Pada saingan itu, Syritsa melintasi garisan penamat dalam penamat beramai-ramai dengan catatan masa dua jam empat minit 37 saat (s) pada perlumbaan membabitkan laluan sejauh 96.5 kilometer (km) mengelilingi pulau legenda itu.

Syritsa mengetepikan pelumba Team dsm-firmenich PostNL, Casper Van Uden di tempat kedua selain Lorenzo Conforti yang mewakili VF Group-Bardiani di kedudukan ketiga.

Kemenangan pelumba berusia 24 tahun dari Rusia itu membolehkannya memakai jersi hijau selalu pendahulu keseluruhan selain jersi jingga dengan memegang status Raja Pecut.

Jersi polka dot pula diraih pelumba Ara Skip Capital, Tyler Tomkinson selepas menawan zon pendakian di Look Out Point dan mengumpul dua mata.

Sementara itu, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Rosli berjaya merangkul jersi putih selaku pelumba terbaik Asia, selepas menduduki tempat kedua di dua zon pecutan dan zon pendakian.

Perlumbaan peringkat kedua esok akan berlangsung dari Arau ke Butterworth yang merangkumi jarak 154.5 km. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI