fbpx

LTdL 2024: Pakar pecut MPC azam kekal konsisten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Malaysia Pro Cycling dijangka terus konsisten pada Peringkat 2 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 esok. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

LANGKAWI – Jaguh Malaysia Pro Cycling (MPC), Mohammad Izzat Hilmi Abdul Halil mengakui cukup teruja apabila dapat menamatkan saingan peringat pertama selaku pelumba terbaik tempatan pada peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 hari ini.

Sebagai rekod, pelumba berusia 29 tahun itu menamatkan perlumbaan sejauh 96.5 kilometer (km) di tempat ketujuh untuk muncul selaku terbaik tempatan sekali gus berada dalam kelompok 10 terbaik.

Izzat berkata, perlumbaan semalam cukup positif tetapi fokus utama adalah untuk mencapai kedudukan podium pada Peringkat 2 dari Arau ke Butterworth, hari ini.

“Perlumbaan hari ini agak basah, hujan dan permukaan licin. Kedudukan saya jugak agak terkebelakang pada satu kilometer (km) terakhir tetapi saya cuba mengejar kelompok depan dengan sepenuh tenaga yang ada.

“Saya terus mencuba dan pada 500 meter (m) terakhir itu, berada dalam kelompok 10 terbaik. Jadi saya cuba pecut sebaik mungkin dan berjaya penamat ini (No. 7).

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati meskipun sasaran saya nak berada di podium tapi di Peringkat 1 ini, tidak kesampaian,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI