fbpx

LTdL 2024: Jaguh TSG buru gelaran Raja Bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan TSG antara pilihan untuk menang jersi Raja Bukit pada saingan LTdL 2024 kali ini. - Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

LANGKAWI – Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Zariff memburu gelaran hatrik Raja Bukit pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang bermula hari ini hingga 6 Oktober depan.

Menurut Nur Aiman, misi untuk menyarung Jersi Polka Dot (Raja Bukit) bukan tugas mudah kerana beberapa pelumba elit turut berusaha keras bagi meraih keputusan yang sama.

“Sudah tentu saya ada menyimpan hasrat untuk kembali memegang status sebagai Raja Bukit pada perlumbaan LTdL kali ini.

“Tetapi saya harus akui sasaran untuk memenangi gelaran Raja Bukit bukannya senang. Semua itu bergantung kepada strategi dan kondisi tubuh badan pada hari perlumbaan itu nanti” katanya.

Sebagai rekod, Nur Aiman memenangi gelaran Raja Bukit buat kali pertama dalam kariernya di pentas LTdL ketika bersama Team Sapura Cycling (TSC) yang kini dikenali sebagai Malaysia Pro Cycling Team (MPC).

Selepas LTdL tidak diadakan pada 2021 akibat Covid-19, pelumba kelahiran Setiu, Terengganu itu berjaya mempertahankan Jersi Polka Dot LTdL 2022 ketika mewakili TSG.

Bagaimanapun, pelumba berusia 26 tahun itu terpaksa akur terlepas gelaran Raja Bukit pada edisi 2023 selepas dirampas pelumba Tudor Pro Cycling Team, Simon Pellaud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI