fbpx

Longgokan kotak terbakar dalam Suria KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Longgokan kotak yang terbakar dipadamkan pasukan bomba dalam kejadian di Suria KLCC, hari ini.

KUALA LUMPUR – Longgokan kotak di dalam dalam tong sampah terbakar di dalam pusat beli-belah Suria KLCC, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar pukul 8.12 malam tadi.

Katanya, seramai 22 anggota dan pegawai keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati asap tebal di tingkat tiga bangunan sebelum anggota operasi bertindak mencari punca api.

“Kebakaran berlaku dibahagian tangga laluan kecemasan melibatkan longgokan kotak yang terbakar di dalam tong sampah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, anggota operasi menggunakan satu aliran hos untuk pemadaman serta membuat kerja-kerja ventilation (pengudaraan).

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 8.45 malam.

“Tiada mangsa yang terlibat dan punca-punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI