fbpx

Lelaki bawa pistol mainan pergi ‘interview’ kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu mengacukan pistol mainan ke arah kakitangan. - Instagram

JAKARTA – Perbuatan seorang lelaki yang membawa pistol mainan dan melakukan vandalisme semata-mata untuk memohon pekerjaan mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Kilang Pemprosesan Kelapa Sawit di Penukal Abab Lematang Ilir (PALI), wilayah Sumatera Selatan pada 26 September lalu. 

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @funnelmedia memaparkan lelaki itu mengacukan pistol mainan ke arah kakitangan.

Lebih mengejutkan adalah apabila dia sempat melepaskan ‘tembakan’ yang mengenai lengan kiri seorang polis. 

“Dia kemudian melarikan diri. Usaha untuk memburu dan menahan suspek sedang giat dilakukan,” kata polis.  

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Macam dalam permainan video GTA,” sindir seorang netizen. 

“Macam mana nak diterima kalau bawa senjata pergi temu duga,” sindir pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI