fbpx

Lebih 60 maut akibat hujan lebat di Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mengharungi air banjir yang dicetuskan oleh hujan monsun di Kathmandu. - Getty Images

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 66 orang terbunuh, manakala 69 lagi hilang akibat hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di Nepal, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Menurut pegawai tempatan, angka kematian di negara Asia Selatan itu dijangka meningkat apabila hujan diramal berterusan sehingga lusa dan menjejaskan lembah di sekitar ibu negara, Kathmandu. 

“Beribu-ribu rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air dan kebanyakan lebuh raya terputus hubungan. Terdapat juga rakaman memaparkan orang yang terkandas di atas bumbung,” katanya. 

Intensiti hujan melebihi 200 milimeter sejak petang Jumaat lalu turut menenggelamkan hampir semua sungai di lembah Kathmandu, di mana banyak kematian berlaku. 

Media kerajaan melaporkan bahawa lima orang terkorban termasuk seorang wanita hamil dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, selepas sebuah rumah runtuh akibat tanah runtuh di Bhaktapur, timur Kathmandu. 

Kira-kira enam pemain bola sepak turut terbunuh akibat tanah runtuh di pusat latihan yang dikendalikan Persatuan Bola Sepak Seluruh Nepal di Makwanpur. 

“Lebih 2,000 orang diselamatkan daripada banjir, manakala sekurang-kurangnya 200 kediaman musnah,” lapor Radio Nepal yang dikendalikan kerajaan. 

Kementerian Dalam Negeri berkata, 60 orang cedera sehingga semalam.

Kerajaan Nepal menggesa orang ramai mengelakkan perjalanan yang tidak perlu dan melarang menggunakan jalan raya pada waktu malam di lembah Kathmandu untuk meminimumkan kemalangan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI