fbpx

[VIDEO] Khabib pelawa Jojo ke Dagestan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaguh seni bela diri campuran (MMA) dunia, Khabib mempelawa jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar ke pusat latihannya di Republik Dagestan Russia.

KUALA LUMPUR – Jaguh seni bela diri campuran (MMA) dunia, Khabib Nurmagomedov, mempelawa bintang muay thai negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali Zulfikar, untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia, sekiranya atlet berusia 17 tahun itu memutuskan untuk beralih ke sukan MMA pada masa hadapan.

Juara lightweight UFC itu menyifatkan Jojo sebagai salah satu ‘pejuang’ terbaik dan mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet muda itu dalam kariernya, khususnya dalam aksi perlawanan ONE Championship.

“Saya baru sahaja berjumpa dengannya (Jojo) di belakang pentas. Saya tahu dia masih muda, dan saya tahu dia seorang ‘penyerang’ yang hebat. Saya hanya ingin ucapkan yang terbaik untuknya.

“Dia (Jojo) beritahu saya, di masa depan dia mahu beralih ke MMA setelah selesai dengan sukan yang diceburinya sekarang. Apabila dia beralih ke MMA, dia sentiasa dialu-alukan ke Dagestan untuk berlatih bersama kami, terutamanya untuk meningkatkan kemahiran gustinya. Dia sentiasa dialu-alukan,” kata Khabib dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebentar tadi.

\Dalam pada itu, jaguh berusia 36 tahun itu mengakui sekiranya Malaysia ingin melahirkan jaguh MMA bertaraf dunia, negara ini perlu mempunyai sistem latihan yang terbaik.

JAGUH seni bela diri campuran (MMA) dunia, Khabib mempelawa jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar ke pusat latihannya di Republik Dagestan Russia.

“Kamu ada ‘penyerang’ yang hebat seperti jaguh muay thai di Malaysia, tetapi Malaysia memerlukan jurulatih yang bagus dan sistem yang baik untuk melahirkan pejuang MMA yang hebat.

“Ia bukan mudah untuk melahirkan petinju terbaik seperti di Dagestan. Kami mempunyai sistem yang baik dengan ramai jurulatih yang hebat. Untuk membangunkan jaguh MMA yang berjaya, kamu perlu mewujudkan sistem yang baik dengan jurulatih yang berkualiti,” tambahnya.

Khabib turut memberi bayangan untuk membuka pusat latihan kelab ‘Khabib Nurmagomedov’ di Malaysia.

“Membuka gimnasium adalah idea yang sangat baik. Saya pernah berada di Indonesia, dan kami memikirkan perkara ini. Mengapa tidak, jika kami buka gim di sini dan bawa jurulatih-jurulatih yang hebat? Ia pasti menjadi idea yang baik untuk semua peminat MMA di Malaysia,” katanya lagi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI