fbpx

Kemenangan PRK DUN Mahkota amanah rakyat kepada BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry. Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) menzahirkan kesyukuran atas kemenangan penuh bermakna Syed Hussein Syed Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota, Johor semalam.

Setiausah Agung BN, Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir bekata, kemenangan tersebut adalah merupakan satu amanah rakyat yang memberikan keyakinan kepada Barisan Nasional untuk terus istiqamah dalam mengangkat agenda membangunkan negara dan mesejahterakan kehidupan rakyatnya.

“Bagi pihak Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Dewan Tertinggi, BN merakamkan jutaan terima kasih kepada para pengundi DUN Mahkota atas sokongan yang diberikan.

“Setinggi penghargaan buat semua jentera parti BN yang berkampung sepanjang tempoh kempen dengan satu tekad untuk memenangkan calon parti.

“Tidak ketinggalan kerjasama yang dihulurkan oleh rakan rakan parti daripada Pakatan Harapan memberikan sumbangan terhadap kemenangan yang cukup bermakna ini,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kepada Barisan Nasional Johor di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi kemenangan itu adalah manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Johor.

“Dengan mandat besar yang diterima ia memperkuatkan lagi tekad Barisan Nasional untuk terus membawa politik kesederhanaan bersama rakan-rakan dalam kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semoga kemenangan ini sempena dengan sambutan 50 Tahun Barisan Nasional akan menyuntik semangat membangunkan kembali seluruhpotensi untuk bergerak ke hadapan membina kecemerlangan parti yang mendapat keyakinan dan sokongan rakyat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI