fbpx

Jenazah Salmah, anak lelaki selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Salmah dan anaknya, Muhammad Rosman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Aishah di Kampung Tanjung Kanan, Kuala Nerang hari ini.

KUALA NERANG – Jenazah dua beranak yang ditemui lemas selepas dihanyutkan arus deras banjir di Kampung Tanjung Kanan, di sini semalam selamat dikebumikan pada pukul 4 petang tadi.

Jenazah Salmah Mat Zain, 46, dan Muhammad Rosman Rohadi, 19, dikebumikan di dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Masjid Aisyah, Kampung Tanjung Kanan.

Kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara, rakan dan penduduk kampung hadir bagi mengiringi perjalanan terakhir dua beranak tersebut.

Terdahulu, jenazah Salmah dan anaknya itu menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sebelum dibawa ke Masjid Aisyah untuk disolatkan.

Bapa saudara Salmah, Md. Tajuddin Awang Muhammad, 47, bersyukur kerana jenazah dua beranak tersebut selamat dikebumikan pada petang ini.

Kosmo! semalam melaporkan dua beranak dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika meredah banjir untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Tanjung Kanan kira-kira pukul 8.15 pagi semalam.

Mereka dikatakan keluar untuk membeli nasi lemak dan pulang ke rumah dengan meredah laluan ditenggelami banjir akibat limpahan sungai berikutan hujan lebat, malam semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI