fbpx

Gadis didampingi jin ‘pengikat’ minyak dagu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS menjalinkan hubungan dengan Amir, Amelia sering mimpi melihat kelibat entiti misteri yang merupakan jin pengikat kasih. – ILUSTRASI SHAH HASSAN

PADA mulanya, wanita itu tidak pernah menyukai bekas kekasihnya yang pernah belajar di sekolah sama.

Padanya, pemuda itu hanya rakan sekelas yang dianggap teman biasa sama seperti pelajar lelaki lain.

Semuanya berubah sekelip mata, apabila hatinya mula berbunga-bunga terhadap pemuda itu.

Cerita Amelia (bukan nama sebenar), tidak pernah ada insiden yang membuatkan dirinya jatuh hati terhadap pemuda itu.

Malah, dia sendiri tidak tahu punca boleh jatuh cinta kepada pemuda itu.

“Awalnya, saya menganggap dia sebagai lelaki yang menjengkelkan kerana sering mengusik dan ‘mengayat’ ketika di dalam kelas.

“Dia pernah beberapa kali menyatakan hasrat hatinya kepada saya. Mula-mula, saya menolak dengan cara baik, namun lama-kelamaan saya menjadi kasar,” katanya ketika dihubungi Panorama baru-baru ini.

Tambah Amelia, perubahan drastik dirinya yang tiba-tiba angau kepada lelaki itu turut membuatkan rakan-rakannya menjadi pelik.

Sepanjang menjalin hubungan dengan Amir (bukan nama sebenar), wanita berasal dari Tamparuli, Sabah itu sering berdepan pelbagai kejadian aneh.

Awalnya, dia kerap bermimpi didatangi seorang wanita berbaju putih lusuh dengan rambut panjang yang berdiri di sampingnya.

Kemudian, Amelia kerap merasakan ada entiti yang memerhatikannya semasa berada di rumah atau di luar.

Malah, kelibat ‘wanita’ yang ada dalam mimpinya juga sering kelihatan di tingkap bilik pada waktu malam.

“Semua ini berlaku ketika saya bersendirian tanpa Amir. Namun apabila dia ada, semuanya hilang dan fikiran hanya kepadanya.

“Saya pernah bercerita dengan seorang kawan dan dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia merasakan Amir mungkin telah menggunakan ilmu tidak baik,” ujarnya.

Kongsi Amelia lagi, hal aneh yang dilaluinya semakin teruk dan dia pernah ‘ditindih’ ketika tidur.

Selepas buka mata, wanita dalam mimpinya ada di atas badan.

Situasi itu membuatkan Amelia menjerit bagai histeria sehingga mengejutkan kedua-dua ibu bapanya yang sedang tidur.

Disebabkan perkara itu kerap berlaku, bapanya memutuskan untuk membawa Amelia mendapatkan rawatan ‘orang pintar’.

“Saya masih ingat ketika itu kami bertemu seorang tok batin di kampung sebelah yang dikenali sebagai pengamal perubatan tradisional.

“Semasa bertemu dengannya, dia mengatakan bahawa saya telah terkena ilmu pengasih iaitu minyak dagu,” ceritanya.

Hal itu membuatkan Amelia rasa terkejut. Di dalam fikirannya, ia pasti kerja Amir kerana lelaki itu paling rapat dengannya.

Tok batin juga memberitahu bahawa wanita yang Amelia sering bermimpi itu adalah jin pendamping minyak dagu yang ditugaskan untuk ‘mengikat’ hatinya.

Amelia kemudian menjalani rawatan membuang ilmu minyak dagu yang terkena pada dirinya dan mengakui ia sangat menyakitkan.

“Saya tidak ingat apa yang berlaku, cuma emak ada cerita bahawa saya seolah-olah dirasuk ketika memisahkan jin itu daripada badan saya.

“Saya muntah pelbagai benda kotor seperti potongan rambut dan kuku manusia, ia amat menjijikkan,” katanya.

Selepas itu, Amelia tidak lagi merasakan kehadiran wanita berbaju putih tersebut dan dirinya menjadi lebih tenang.

Keesokan harinya, semasa ke sekolah, dia cuba mencari Amir untuk mendapatkan penjelasan, namun lelaki itu tidak hadir.

Selama seminggu juga Amir tidak kelihatan di sekolah, sebelum kami mendapat berita bahawa dia terkena penyakit misteri.

“Apabila mendengar berita itu, saya seolah-olah tahu apa yang berlaku kepadanya.

“Hal ini kerana tok batin ada mengatakan bahawa dia telah ‘memulangkan’ jin tersebut kepada penghantarnya.

“Namun, saya tidak pernah menceritakan hal itu kepada sesiapa di sekolah kerana mahu menjaga aib Amir,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI