fbpx

FAM sedia kerjasama dengan kedutaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BROWNHILL disebut-sebut bakal menjadi pemain warisan terbaharu Harimau Malaya selepas ini.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa bersikap terbuka sekiranya ada mana-mana pihak mahu membantu badan induk itu mengenal pasti lebih ramai pemain warisan berkualiti tinggi untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihaknya sentiasa memantau pemain berpotensi dan bersedia untuk menerima apa juga pandangan.

“Soal pemain warisan memang kita sentiasa memantau tetapi kalau ada pandangan daripada mana-mana pihak pun bagus juga. Saya tidak pasti pihak kedutaan ada data atau tidak tetapi kalau ada baguslah.

“Di pihak FAM, kita sentiasa bersikap terbuka dan sedia untuk terima apa juga pandangan demi kebaikan bola sepak kita,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan pencarian pemain warisan Harimau Malaya akan lebih sempurna sekiranya semua agensi termasuk pihak kedutaan menghulurkan bantuan bagi mengenal pasti keturunan Malaysia yang menetap atau pun berstatus penduduk tetap di negara asing.

Jurulatih berpengalaman, Raja Isa Raja Akram Shah berpendapat bantuan daripada agensi seperti kedutaan membolehkan Harimau Malaya mendapatkan pemain terbaik dan bukannya dibuat secara semberono.

Adalah penting buat Harimau Malaya mendapatkan pemain terbaik seperti Dion Cools, namun ia tidak hanya tertumpu kepada FAM yang mungkin berdepan kekangan data berkaitan waris dan hubung kait rakyat Malaysia dengan mana-mana individu warganegara luar.

Pengumuman peruntukan RM15 juta buat Harimau Malaya seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini juga membuktikan komitmen kerajaan untuk membantu bagi melihat peningkatan pasukan negara di pentas antarabangsa.

Sebelum ini, kapten kelab Belanda, Go Ahead Eagles, Mats Deijl mengesahkan sedang melalui proses untuk mendapatkan pasport Malaysia, malah dua bintang Burnley, Josh Brownhill dan Zian Flemming juga dilaporkan berada dalam fasa sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN