fbpx

Menteri bantu pelajar cemerlang bawa barang dalam guni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika membuat panggilan bersama Rafida hari ini.

PETALING JAYA – Kisah pilu seorang pelajar menggunakan guni bagi mengisi barangan keperluan ketika pendaftaran kemasukan pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menerusi catatan di Facebook, Fadhlina memaklumkan, beliau menghubungi pelajar cemerlang dari Sandakan itu dan menjelaskan segaa keperluan termasuk kewangan sudah diuruskan oleh pihaknya.

“Kisah beliau yang membawa guni untuk mengisi barang-barang ke asrama sewaktu pendaftaran ke UMS meragut emosi ramai pihak.

“Saya sempat menghubungi beliau dan menguruskan serta-merta semua beban kewangan dan keperluan lain untuk meneruskan pengajian.

“Rafida anak yang cerdik. Berasal dari bumi bertuah, Sandakan. Keputusan peperiksaan beliau di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan, malah sedang mengikuti pengajian perakaunan di UMS,” tulis Fadhlina.

Menurut Fadhlina, isu Rafida begitu dekat di hatinya kerana pada hari sama beliau turut menghantar anak sulungnya ke universiti.

“Terima kasih Rafida kerana menyedarkan kami bahawa perjuangan pendidikan manusiawi adalah kekuatan Malaysia!

“Fly high, stand tall Rafida. Insya-Allah Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya. Semuanya telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian. Semoga Allah SWT memberkati pengajian anaknda Rafida,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI