PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang di Timur negara sehingga pukul 12 tengah hari ini.
MetMalaysia memaklumkan keadaan ini berlaku melibatkan dua negeri iaitu Sarawak di Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Miri (Miri).
“Wilayah Persekutuan Labuan turut terkesan dengan hujan lebat dan angin kencang,” katanya.
Walaubagaimanapun, cuaca baik dan cerah dilihat berlaku di seluruh kawasan Semenanjung pagi ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 9.00 pagi.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE